AYIM RAZAK
Home
About
Contact Ayim
AYIM'S SPECIAL SHOW
AYIM RAZAK
Home
About
Contact Ayim
AYIM'S SPECIAL SHOW
More
  • Home
  • About
  • Contact Ayim
  • AYIM'S SPECIAL SHOW
  • Home
  • About
  • Contact Ayim
  • AYIM'S SPECIAL SHOW

About Show

SEKARANG SAYA TANYA, TAMAT!

Persembahan stand-up comedy special Sekarang Saya Tanya (SST) oleh Ayim Razak akhirnya menutup tirainya selepas satu perjalanan jelajah yang merentasi bandar-bandar utama di Malaysia dan Malaysia Timur dengan sambutan yang amat memberangsangkan. 


Jelajah ini bermula di Petaling Jaya, yang mencatatkan tiket habis terjual (sold out), sebelum diteruskan ke Johor Bahru, yang sekali lagi membuktikan kekuatan sokongan penonton apabila persembahan turut mencatatkan sold out. Kehadiran penonton yang memenuhi ruang persembahan di kedua-dua lokasi ini menjadi petanda jelas bahawa SST mendapat tempat istimewa di hati peminat komedi tempatan.


Momentum jelajah ini kemudiannya dibawa ke Kota Kinabalu, Sabah - menandakan peluasan pengaruh dan penerimaan penonton di Malaysia Timur terhadap karya stand-up Ayim Razak. Di setiap hentian jelajah, persembahan ini menyaksikan kehadiran penonton berbilang bangsa dan latar belakang, yang berkumpul dan ketawa bersama, bersatu di bawah satu bumbung iatu KOMEDI.


Kemuncak kepada jelajah ini adalah Persembahan Final di Kuala Lumpur, yang menjadi simbol penutup kepada perjalanan panjang SST. Persembahan ini bukan sahaja menghimpunkan peminat setia dari pelbagai lokasi, malah menjadi refleksi kematangan penceritaan Ayim Razak dalam mengangkat persoalan sosial, politik, kehidupan seharian, dan realiti masyarakat melalui sudut pandang komedi yang jujur dan tajam.


SST bukan sekadar sebuah persembahan komedi, tetapi satu perjalanan dialog bersama penonton. Di mana soalan menjadi pintu kepada perbincangan, ketawa, dan renungan bersama. Kejayaan jelajah ini membuktikan bahawa stand-up comedy tempatan terus mendapat tempat di hati penonton pelbagai lapisan.


Setiap hentian bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi pertemuan, perbualan, dan pengalaman yang membentuk langkah di kemudian hari.


"Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari perjalanan ini" - Ayim Razak

MEDIA COVER

SST PJ

SST JB

SST KK

SST KL

TERIMA KASIH SEMUA

 "Kebenarang memang menyakitkan, tapi soalan adalah awal dari setiap penemuan"

Copyright © 2025 AYIM RAZAK - All Rights Reserved.


This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept